USB C memang memudahkan hidup.
Satu bentuk connector boleh digunakan untuk phone, laptop, tablet, power bank, headphone, monitor dan macam macam lagi.
Tapi ada satu masalah.
Semua nampak sama. Tapi belum tentu sama.
Kita ambil dua kabel USB C. Saiz sama. Kepala sama. Cucuk pun masuk port yang sama.
Tapi satu boleh charge laptop dengan laju. Satu lagi slow.
Satu boleh transfer file dengan pantas. Satu lagi ambil masa lama.
Kenapa?
USB C Cuma Bentuk Connector
Ini yang ramai mungkin tak sedar.
USB C sebenarnya merujuk kepada bentuk connector, bukan jaminan speed.
Di sebalik connector yang sama, kabel dan port tersebut boleh menyokong standard yang berbeza.
Ada yang hanya support USB 2.0. Ada yang support USB 3.x atau USB4. Ada juga USB C yang menyokong Thunderbolt.
Sebab itu speed data boleh berbeza dengan sangat ketara walaupun kabel nampak sama.
Charging Pun Sama
Kita beli charger 100W.
Laptop support 100W.
Tapi bila guna satu kabel USB C yang kita jumpa dalam drawer, charging cuma dapat 60W atau lebih rendah.
Masalahnya mungkin bukan charger atau laptop.
Kabel itu sendiri mungkin tak support kuasa yang diperlukan.
Untuk charging berkuasa tinggi, kabel yang sesuai dan sokongan USB Power Delivery diperlukan. Sesetengah kabel juga mempunyai cip eMarker untuk mengenal pasti kemampuan kabel tersebut.
Jadi charger 100W + device 100W belum tentu bermaksud kita akan dapat 100W.
Kabel pun kena betul.
USB C Boleh Sambung Monitor?
Yang ini lagi menarik.
Ada USB C yang boleh keluarkan video ke monitor.
Ada yang tak boleh.
Walaupun port nampak sama.
Sesetengah USB C menyokong DisplayPort Alt Mode atau standard lain yang membolehkan video dihantar melalui sambungan tersebut. Kalau port atau kabel tak support, cucuk monitor pun tak keluar apa apa.
Inilah masalah USB C.
Secara fizikal, ia berjaya menjadikan connector lebih mudah.
Tapi dari segi capability, ia masih boleh mengelirukan.
Jadi Jangan Tengok USB C Sahaja
Bila beli kabel USB C, jangan sekadar cari:
"USB C cable."
Tengok juga apa yang kita perlukan.
Berapa watt charging?
Berapa speed data?
Perlu sambung monitor?
Perlu Thunderbolt atau USB4?
Sebab dua kabel USB C yang nampak 100% sama boleh mempunyai kemampuan yang sangat berbeza.
USB C sepatutnya menjadikan hidup kita lebih mudah.
Dan memang ia berjaya.
Cuma sekarang kita ada masalah baru.
Kabel semua dah nampak sama. Kita pula kena tahu apa yang ada di dalamnya.