Dulu senang.
Nak guna software, kita beli. Bayar sekali, install dan guna sampai komputer rosak atau kita sendiri rasa nak upgrade.
Sekarang lain.
Nak edit gambar, subscription. Nak simpan fail, subscription. Nak guna antivirus, subscription. Nak edit video pun subscription. Ada gadget tertentu pun fungsi tambahan kena bayar bulanan.
RM10 nampak murah. RM20 pun macam tak banyak.
Tapi bila ada lima, enam atau sepuluh subscription setiap bulan, baru terasa.
Saya faham software perlukan maintenance, security update, cloud infrastructure dan development berterusan. Semua itu perlukan kos.
Tapi adakah semua software perlu subscription?
Kalau saya cuma perlukan fungsi asas yang sama untuk beberapa tahun, kenapa saya perlu terus membayar setiap bulan?
Lebih menarik, bila kita berhenti bayar, kadang kadang fungsi yang selama ini kita gunakan terus hilang.
Dulu kita membeli software.
Sekarang kita seperti menyewa software.
Mungkin subscription memang bagus untuk sesetengah perkhidmatan.
Tapi kalau semua benda nak dijadikan subscription, lama lama kita bukan lagi memiliki teknologi.
Kita cuma menyewa kehidupan digital kita.